Thursday 18 October 2018

Mahasistua Layan Citer Movie Korea

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,

Masa zaman Degree dulu memang hantu citer korea takda kelas je buka drama korea. Masa dulu akak sukakan lagi drama bersiri daripada movie. Rasa macam tak puas gitu tengok movies pendek. 

Tapi bila dah jadi Mahasistua ni haha dengan kerja rumah, assignment dan urusan SALE memang kena bijak bahagi masa. So akak memang elakkan la tengok drama bersiri korea sebab kalau skali terjebak tak boleh patah balik hahah. Hantu sangat macam kena dadah gitu punya ketagih.

Ok nak jadikan cerita ada hari tu akak rasa down sangat dan tak nak buat apa2. So mencari la hiburan kat TV tengok channel banyak citer macam bosan. Skali terbuka Channel tvNmovies ada citer korea macam best jer. Layan satu sampai habis pastu terlayan drama lain pulak. Haha nampak tak kena SAKA citer korea.

Di rumah pantang kalau akak dah selesai kerja masa untuk berehat so akak akan buka Channel ni. Antara movies yang akak dah ulang tengok dan seronok antaranya :

1. Miss Granny


 Versi Korea

Versi Indonesia

Sebenarnya kan akak pernah tengok dalam flight masa perjalanan pulang dari Zurich ke Malaysia. Akak tengok movies versi Indonesia memang kelakar la. Hilang bosan dalam flight berjam-jam tu. Skali masa akak balik malaysia nampak Movies macam sama kat channel tvNmovies memang tak berganjak lah.

Yang versi korea ni comei la kelakar dan ada jugak sedih dihujung cerita. Sipnosis dia lebih berkisarkan tentang seorang nenek tua yang dahulunya dia hidup susah membesarkan seorang anak lelaki yang ada masalah kesihatan. Zaman mudanya diabiskan untuk membesarkan anak lelaki tunggal dalam keadaan ketiadaan suami. Suami meninggal semasa tengah mengandung. Cerita ni dia ada banyak lagu dan lagu dia agak sedap jugak la tak kira versi korea ke indonesia.

Ada satu peristiwa yang menyebabkan nenek ni terasa hati dengan anaknya serta cucunya. Nenek ni pun keluar bersiar semasa dia bersiar tu terjumpa satu kedai gambar yang boleh muda selamanya. Lepas dia bergambar terus berubah jadi Muda. Memang kelakarlah citer ni dan ada meseg disebalik cerita.

Kiranya nenek ni diberi peluang kedua untuk merasai zaman mudanya dan kejar impian untuk jadi penyanyi.

Ending cerita korea ni nenek ni jadi tua balik selepas dia derma darah ke cucu dia yang tengah sakit akibat kemalangan. Cerita indonesia tu dah lupa macam ending sebab masa tu flight dah landing haha. Tapi serius memang seronok citer ni dengan lagu dia mendayu2. Tak rugi kalau korang try tengok

Lagi cerita yang akak suka tengok :

1. Wonderful Nightmare

 (kisah peguam koma akibat kemalangan diberikan peluang untuk hidup sebagai seorang surirumah beranak dua selama sebulan sebelum boleh kembali kehidupan asal. Cerita ni memang best sangat nanti akak cerita panjang next entry yer)

2.Marathon

(Kisah seorang remaja autism yang dibesarkan oleh Ibu tunggal dan mengejar impian untuk lari marathon)

3. Mood of The Day
(Cerita percintaan macam mana pertemuan kali pertama di stesen Busan menjadikan mereka berjodoh. Citer ni pun best sangat jalan cerita dia)

4.Unforgettable

Kisah pasal persahabatan tapi ni akak tengok ending tapi macam sedih nanti kalau ada ulangan boleh layan skali)

5.Time Renegades

Haaa ni pun best jugak pasal kes pembunuhan bersiri tapi ada selit percintaan dan unser suspen. Mula nampak macam bosan tapi serius oklah untuk layan bosan

6.  The Youngest Parents With The Oldest Child 

Kisah ibu bapa muda yang dikurniakan anak yang ada penyakit misteri (Penuaan cepat dari usia sebenarnya). Cerita ni agak sedih jugak lah tapi seronoklah boleh layan. Pelakon dia pun best.


Haa panjang lagi list haha tapi kalau kat rumah korang ada channel ni sila la layan serius memang ada movies yang best dan movies yang saya sebut kat atas ni kebanyakan yang memang menang award.

Selamat menonton

Sekian sampai disini sahaja perkongsian dari mahasistua haha. 

2 comments:

  1. Best cerita miss granny tu.. kita tengok banyak kali.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best lagipun lagu dia sedap jugak dan cerita ni kelakar

      Delete