Saturday 25 August 2012

list to do utk bakal pengantin sebelum majlis

assalamualaikum

dah lama tak menulis entry.. maklumlah sibuk dgn si kecil n tugasan di pejabat..
dikesempatan ini saya nak berkongsi senarai penting yg  perlu dibuat sebagai panduan persiapan majlis kahwin bagi bakal pengantin di luar sana.. sebenarnye menguruskan sesuatu majlis memang agak memeningkan kepala terutamanya bagi yang tak amek khidmat runding weddingplanner. sebab tu lah kita kena buat perancangan awal.. ok tanpa celoteh pnjg,jom tgk list to do sy berdasarkan pengalaman sendiri.

List to do sebelum majlis

6 bulan sebelum
1.amek kursus  kahwin bgi yg belum.
2.beli barang hantaran utamakan waktu sale.. blh lah jimatkan kos skit
3.survey dan book pakej pengantin(mekap,baju, pelamin), photographer,catering dan dewan.. kalo tpt yg famous dewan book awal,at least 9 bln sblm..
4.tempah pakej kad kahwin.. sllnye kalo tempah masa expo pengantin blh dpt murah.. disyorkan truelove.com
5.beli goodies beg skit2..
6. hntr kain utk bju akad nikah kt tailor

3 bulan sebelum
1.amek borang permohonan kahwin 
2.appointment hiv test kt klinik
3.kumpul alamat kawan2 utk nk pos kad nanti..blh pm kwn2 kt fb.
4.pilih baju n pelamin bh pakej pengantin..
5.pilih bju n pelamin n hiasan khemah pengantin atau dewan.
6.buat gubahan hantaran skit2..kalo nk senang tempah je..
7.uruskan tempahan kad kahwin(maps dan ucapan dlm perlu diteliti).p/s; bila semua dh ok baru sain borang utk cetak. tgk btl2 sbb kalo ad silap cetak kedai xtggung sbb kita dh sain kt borang 2.
8.sediakan gambar utk bunting.

2 bulan sebelum

1
.pos kad secara beperingkat tapi makesure nilai setem betul.sekarang harga setem lg mahal dr kad sbb tu ramai org prefer invite tru fb.
2.makesure urusan borang permohonana kahwin dh setel
3.fitting bju kahwin
4.packing barang goodies (40%)
5.Makesure urusan dokumentasi permohonan kahwin hampir selesai (90%)

1 bulan sebelum

1.Sediakan aturcara pentadbiran(event flow) majlis perkahwinan (kenduri) terutama majlis yang diadakan didewan tujuan untuk dimemastikan upacara berjalan lancar. Kebiasaannya diserahkan pada floor Manager (FM) atau pada DJ kalo yang buat kat rumah.. contoh saya kongsi dlm entry akan datang
2.Perancangan pembahagian tugas antara ahli-ahli keluarga pada hari kejadian. Pembahagian ini penting supaya masing2 dapat mainkan peranan. Sebagai contoh, tugas memantau makanan, goodies beg, bayaran-bayaran yang perlu, pengiring VIP dll.
3.Sediakan pelan lantai.. contoh akan dikongsikan dlm entri akan dtg.. insyaallah..
4. Lunas apa-apa bayaran berkaitan. Kebiasaannya, sebelum majlis sedikit bayarn perlu dibuat selepas deposit untuk pakej kahwin.
5. Ibu bapa kebiasaannya dah mula ke rumah saudara mara untuk menjemput ke majlis sambil memberikan kad tersebut.

Seminggu sebelum majlis

1. Semua ahli keluarga telah dimaklumkan aturcara terkini majlis tersebut.
2.Persiapan packing goodies (85%)
3.Beberapa hari sebelum majlis dah order telur bagi yang masih menggunakan telur rebus sebagai door gift. Zaman sekarang dah pelbagai, ada yg gantikannya dengan sumi, puding sebab lebih tahan lama dan boleh disediakan lebih awal.
4.Bayaran penuh sewa dewan.
5.Kebiasaannya pihak lelaki akan menyerahkan wang hantaran (hangus) sebagai persediaan pihak perempuan untuk majlis nanti. Tetapi perkara bergantung kepada individu tersebut, ada yang akan serahkan lebih awal dan ada yang serahkan semasa majlis akad nikah nanti.
6.Maklumkan kepada photographer lokasi dan aturcara majlis supaya mereka boleh berada pada masa yang sesuai.
7.Book mak andam untuk appointment make up dan fitting baju masa hari majlis nanti. Rancang dengan teliti supaya majlis berjalan lancar. Biasalah, kadang2 dalam sehari mak andam akan ada beberapa pengantin untuk diuruskan. So, kena atur betul2 supaya nanti upacara persandingan  tak delay semata-mata sebab mak andam.

Sehari sebelum majlis

1. Berinai (ada yang buat lebih awal dua atau 3 hari sebelum majlis)
2.Setting tempat/lokasi majlis mengikut pelan lantai (tugas kepada ahli keluarga)
3.Goodies bag (100%) dah selesai.
4.Pakaian nikah dah tersedia untuk pakai je.
5.Taklimat ringkas (sembang2 je xyah lah formal sgt) kepada ahli keluarga tentang flow majlis esok dan mohon pertolongan sanak saudara membantu mengikut tugasan yang disenarai. Minta tolong secara elok n jangan bgi arahan pulak..
6.Tidur awal lah sebagai persiapan untuk majlis esok.
7.Hafal dialog nak akad nikah (ni selalunye pengantin lelaki lah..)
8. Confirmkan sekali lagi lokasi dan waktu majlis kepada photographer dan pada mak andam untuk urusan make up nanti.

Baik sampai sini je lah yang boleh saya kongsikan bersama.. Insyaallah kalo ada masa nanti boleh kita kongsikan perkara lain pula..

Selamat Hari Raya ye dan maaf zahir dan batin..











Continue Reading