Wednesday 25 April 2012

Tuesday 24 April 2012

Tips-tips dalam menguruskan baju pengantin/tunang

Assalamualaikum,

Disini saya ingin berkongsi sedikit tips dalam pengurusan baju pengantin/tunang kepada bakal pengantin di luar sana. Perkara yang ada perlu ambil perhatian adalah seperti berikut;

1.Menentukan jenis atau design baju yang hendak dibuat dan berapa meter kain yang diperlukan.

Ini ditujukan kepada pihak perempuan laa. Biasalah masa ni lah nak melaram bagai..tp make sure tentukan jenis design dahulu seblm membeli kain untuk mengelakkan kes xcukup kain.. kebiasaannya kita akan beli kain dulu baru pk nak buat design apa kan..Biasanya jualan kain pakej pengantin terutama di kedai jakel hanya menawarkan 4 meter sahaja. Tapi 4 meter ni cuma cukup untuk design seperti baju kurung moden,baju kurung dan kebaya.. kalo yg teringin nak buat fesyen2 lain seperti dress labuh.. xdapek lerr..sila cari kain tambah.. saya berckp berdsrkan pengalaman sendiri.. hehe..

2.Pemilihan Tailor

Pastikan anda memilih tailor yang bagus utk memastikan baju ditempah memuaskan hati.. yelah, kahwin sekali seumur hidup mesti mau cantik-cantik kan..Biar membayar lebih asalkan puas hati.. Anda perlu menghntr awal kain tersbut, bagi mengelakkan kes memngigit jari... Ini kerana tailor yg bagus akn menerima bnyk tempahan so, 2-3 seblm mjlis kebiasaannya dia dah x ambil lagi utk tempahan.. Mcm saya, lebih selesa utk menempah di Dzullclassic kt sblh metro kajang..

3.Penjagaan baju sebelum majlis

Sekiranya anda berniat utk membasuh dulu.. make sure lakukan awal seminggu atau 2 minggu dari tarikh majlis sbgai keselamatan sekiranya tba2 baju rosak disebabkan membasuh..anda masih ada lagi masa untuk hantar ke tailor bagi membaiki.. saya alami sendiri semggu sblm majlis, baju saya dirosakkan oleh kedai dobi..mengamuk jugak lah kan.. sebaik org 2 mau byr ganti rugi n my tailor pulak snggup baiki baju 2.. puas jugak den nangis2 depan akak tailor 2.."akak tlg lah baiki baju saya,esok saya nk blk perak,lusa saya punya majlis.. hu.. ".. betul org kata, air mata wanita ni boleh dijadikan senjata untuk lembutkan hati org.. tp kena bertempat lah ye..ad pengalaman kwn pulak, esoknya majlis, ari ni baju rosak sbb dia bsuh tgn.. last2 jadinye pinjam baju org lah.. siankan.. so, kalo xnak jadi mcm ni elakkan lah.. xpun xpyh bsuh bukan kotor pun kan.. hehehe

4.Penjagaan Selepas Majlis
Ini dah xpenting dah.. sbb dah selamat kan.. hehe.. just basuh n simpan mana nak tau nak pkai balik time anniversary ke kan.. hehe.. Mcm saya, baju nikah buat design sendiri n jahit manik sendiri, sampai kak butik pengantin yg saya pakej pelamin pun berkenan, minta nk beli baju.. minta maaf lah, baju 2 banyk kenangan.. den nak simpan wat kenangan.. hehe

k.la setkt ni perkongsian berkenaan pengurusan baju.. nnti den kongsi tips2 lain plak..

assalamualaikum..
Continue Reading

Monday 23 April 2012

Promosi Hebat Pakej Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan


Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pihak kami sedang membuka untuk tempahan hantaran perkahwinan bermula Mei 2012 sehingga Disember 2012. Kepada bakal-bakal pengantin diluar sana anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan sendiri kerana pakej yang kami tawarkan sangat berbaloi. Anda hanya perlu menyediakan barang2 yang hendak diletakkan sebagai hadiah hantaran dan gubahan akan kami lakukan. Kami sedia menerima tempahan dari area putrajaya, bangi, serdang, seri kembangan, shah alam, , nilai dan sepang.. Walau bagaimanapun, penghantaran percuma hanya bagi pelanggan-pelanggan sekitar Putrajaya.

 Pakej yang disediakan seperti :

Pakej Qaseh Suci (RM 350)

7 Set Bakul
7 Base (Hiasan Polisteren)
1 set gubahan sireh junjung (artificial)
Perkhidmatan gubahan  jenis barang seperti telekung,kain, tuala, sejadah, dll.

Untuk membuat book tarikh anda perlu membayar deposit sebanyak RM 100 dimana bayaran penuh perlu dilakukan setelah hantaran diterima. Bayaran deposit anda hanya akan diperolehi setelah barang-barangan dipulangkan dalam keadaan baik. Pelanggan diberi tempoh seminggu sahaja untuk memulangkan barangan selepas majlis selesai.Dan buat masa ini, pihak kami hanya mengambil tempahan 1 pelanggan bagi 1 minggu..


Maaflah servis tempahan gubahan ni akak dah tak ambil.

 Terima kasih singgah
Continue Reading