Tuesday 24 April 2012

Tips-tips dalam menguruskan baju pengantin/tunang

Assalamualaikum,

Disini saya ingin berkongsi sedikit tips dalam pengurusan baju pengantin/tunang kepada bakal pengantin di luar sana. Perkara yang ada perlu ambil perhatian adalah seperti berikut;

1.Menentukan jenis atau design baju yang hendak dibuat dan berapa meter kain yang diperlukan.

Ini ditujukan kepada pihak perempuan laa. Biasalah masa ni lah nak melaram bagai..tp make sure tentukan jenis design dahulu seblm membeli kain untuk mengelakkan kes xcukup kain.. kebiasaannya kita akan beli kain dulu baru pk nak buat design apa kan..Biasanya jualan kain pakej pengantin terutama di kedai jakel hanya menawarkan 4 meter sahaja. Tapi 4 meter ni cuma cukup untuk design seperti baju kurung moden,baju kurung dan kebaya.. kalo yg teringin nak buat fesyen2 lain seperti dress labuh.. xdapek lerr..sila cari kain tambah.. saya berckp berdsrkan pengalaman sendiri.. hehe..

2.Pemilihan Tailor

Pastikan anda memilih tailor yang bagus utk memastikan baju ditempah memuaskan hati.. yelah, kahwin sekali seumur hidup mesti mau cantik-cantik kan..Biar membayar lebih asalkan puas hati.. Anda perlu menghntr awal kain tersbut, bagi mengelakkan kes memngigit jari... Ini kerana tailor yg bagus akn menerima bnyk tempahan so, 2-3 seblm mjlis kebiasaannya dia dah x ambil lagi utk tempahan.. Mcm saya, lebih selesa utk menempah di Dzullclassic kt sblh metro kajang..

3.Penjagaan baju sebelum majlis

Sekiranya anda berniat utk membasuh dulu.. make sure lakukan awal seminggu atau 2 minggu dari tarikh majlis sbgai keselamatan sekiranya tba2 baju rosak disebabkan membasuh..anda masih ada lagi masa untuk hantar ke tailor bagi membaiki.. saya alami sendiri semggu sblm majlis, baju saya dirosakkan oleh kedai dobi..mengamuk jugak lah kan.. sebaik org 2 mau byr ganti rugi n my tailor pulak snggup baiki baju 2.. puas jugak den nangis2 depan akak tailor 2.."akak tlg lah baiki baju saya,esok saya nk blk perak,lusa saya punya majlis.. hu.. ".. betul org kata, air mata wanita ni boleh dijadikan senjata untuk lembutkan hati org.. tp kena bertempat lah ye..ad pengalaman kwn pulak, esoknya majlis, ari ni baju rosak sbb dia bsuh tgn.. last2 jadinye pinjam baju org lah.. siankan.. so, kalo xnak jadi mcm ni elakkan lah.. xpun xpyh bsuh bukan kotor pun kan.. hehehe

4.Penjagaan Selepas Majlis
Ini dah xpenting dah.. sbb dah selamat kan.. hehe.. just basuh n simpan mana nak tau nak pkai balik time anniversary ke kan.. hehe.. Mcm saya, baju nikah buat design sendiri n jahit manik sendiri, sampai kak butik pengantin yg saya pakej pelamin pun berkenan, minta nk beli baju.. minta maaf lah, baju 2 banyk kenangan.. den nak simpan wat kenangan.. hehe

k.la setkt ni perkongsian berkenaan pengurusan baju.. nnti den kongsi tips2 lain plak..

assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment