Thursday 25 October 2018

Rutin Susuk Moden Masker Vitamin C & E

Amboi sejak jadi pelajar ni berkawan dengan adik-adik yang umur 20 an ni semangat akak untuk kembali konsisten rutin penjagaan kulit lagi bertambah. 


Kesihatan Kulit Merosot Sebab Kedekut Dan Malas

Yelah mulanya ingat demi nak berjimat sebab dah cuti tanpa gaji, akak dah kurangkan pakai full set Youth Shaklee cuma konsisten Youth Toner dan Moisturizer. 

Berbeza sangat bila dah kedekut dengan diri sendiri semata nak jimat sekali tengok pori kulit macam dah start terbuka dengan black head bertapak di sekitar hidung. 

Sebabnya kedekut dan malas haha selama kadang dekat 2-3 minggu la.

Fikir-fikir balik sekali skala berbelanja untuk kepuasan diri salah satu cara kita hargai diri. Duit boleh dicari kesihatan dan keyakinan diri kalau bukan kita yang kisah sapa lagi.

So bermulalah rutin misi kaki kurus akak hahah dengan cuba konsisten senaman sehari 30 minit untuk tingkatkan stamina badan dan jugak buat senaman untuk kuruskan kaki.



Mulai minggu ni akak dah start balik konsisten full set Youth treatment. Akak pakai youth basic setiap hari dan dalam 2 kali seminggu akak tambah serum dan radiance C + E.

(Muka tanpa mekap hanya dengan rutin basic youth lipstick calit penambah seri)


Selain youth, akak tengok Vitamin E Shaklee akak dah lama tak makan beli tahun lepas untuk sapu parut Chicken Pox anak dara kita. Sejak ada radiace C dan E , Vitamin E shaklee ni memang terbiar sepi. 


Start minggu lepas akak amalkan seminggu dua kali jadikan satu kapsul tu masker sapu satu muka. Kesan dia memang lepas cuci kulit glowing macam cermin  tu haha siap nampak pink pink gitu. Ni gambar akak kongsi masa september akak kenakan Vitamin E Shaklee sebagai masker. Best kan tengok muka sendiri dekat cermin pun jadi geram hihi.



Esok pagi sebelum ke kelas akak kenakan Youth Moisturizer dan Serum sebagai primer sebelum mekap kulit naik seri dan nampak natural.

 (cak glowing tak muka akak hihi mekap nipis pun nampak kulit cantik semulajadi gambar akak semalam)


Paling penting Vitamin E ni merupakan antioksida yang mana salah satu manfaat untuk kekalkan keremajaan kulit. 



Apa tu antioksida meh baca :  antioksida dan manfaat untuk kulit

Radiance C + E Ganti Sebagai Susuk Emas Moden



Haa ni la susuk emas moden akak dengan kesan lagi terbaik berbanding manfaat kalau buat masker guna Vitamin E dan C shaklee yang biasa. Tapi sebelum nak apply radiace C E ni korang kena biasakan kulit dengan rutin youth basic baru boleh start radiance. Kalau terus start radiance kulit terkejut dan kesan nanti tak optimum seperti yang diharapkan.

haaa panjang lebar pulak posting hari ni.

Serius Youth ni suatu pelaburan yang berbaloi untuk long term bagi wanita sebab dia mampu membantu korang kekalkan keremajaan kulit dengan tagline Look Younger Longer gitu. Hihi jangan jeles kalau tengok akak nampak muda 10 tahun dari usia. 

Untuk pertanyaan lanjut boleh whataps akak 0133507996

Terima kasih singgah 


2 comments: