Sunday 21 October 2018

Rahsia Rutin Skincare Akak Sprinter Dengan Set Basic Youth

Rahsia Rutin Skincare Akak Sprinter

Ramai rakan-rakan sebaya, pelanggan atau classmate akak yang bertanya rutin skincare akak sebab diorang rasa tak percaya umur akak dah 32 tahun. 

Ok hari ni akak nak berkongsi rutin skincare akak setiap hari mulai februari tahun 2018. Akak bertukar kepada Set Youth Basic untuk 3 minggu kemudian akak start dengan rutin youth full set memandangkan Skincare Nutriwhite daripada Shaklee dah discontinued.

Set Starter (Basic) Youth


Apa yang ada dalam Set Basic Youth adalah;

1) Youth Luminous Gel Oil Cleanser


Youth Cleanser : RM 193.75 (125 ml)

Apa yang akak suka tentang Cleanser ni, dia tak mengeringkan kulit lepas akak cuci muka.  Selalu kalau akak pakai Cleanser lain ada yang rasa effect kulit kering dan tegang. Ada yang buat kulit rasa kesat ada yang tak serasi buat kulit rasa pedih.


Dengan Luminous Gel Oil Cleanser Youth rasa kulit lembut jer lepas cuci dan kalau cuci masa kulit  ada sisa mekap nipis dia bertindak sebagai make up remover tapi untuk mekap yang nipis kalau mekap tebal akak nasihatkan korang cuci dulu dengan make up remover atau cleansing wipe. Akak pakai hari tu tahan dalam 6 bulan jugak la pakai seorang.


Menariknya Youth ni dia vegan skincare dan bebas 1500 bahan kimia terlarang so untuk sapa yang ada masalah kulit dan ada kulit sensitif memang sesuai sangat cuba Youth. Insyallah Youth ni pelaburan berbaloi untuk korang.

2) Youth Perfecting Skin Toner

Youth Perfecting Skin Toner : RM 200 (177ml)

Haa yang ni antara kegemaran akak. Sebab dia bantu untuk kulit lebih halus, tona yang sekata dan paling penting kecilkan pori kulit. Toner Youth jugak bertindak untuk mencuci kulit menanggalkan sisa kulit mati. Nutrisi daripada toner ini membantu untuk menghidrasi kan kulit sebelum kita ke step seterusnya Moisturizer. Akak pakai hari tu tahan lebih 6 bulan. Bergantung kepada cara penggunaan dan bila pengguna.

Ada kalanya jerawat datang menganas waktu datang bulan, akak akan dap dap toner youth ni kat jerawat. Dan kalau rajin boleh buat masker dengan toner youth ni. Memang berkesan dalam bantu cepatkan jerawat kecut.

3) Youth Age Defense Moisturizer

Youth Moisturizer  : RM206.25 (50 ml)

Moisturizer Youth ni paling wajib akan ada dalam beg akak. Pergi kelas pun akak selit dalam beg sebab kalau kelas sampai ke petang lepas solat akan tak bermekap akak pakai Youth Moisturizer ni jer sebagai perlindungan daripada UV dan untuk melembapkan kulit. 

Youth Moisturizer ni ada Spf 50 tau. Kelas akak beraircond dengan Youth ni mengurangkan kulit kering dan mengelupas. Kadang akak pakai sebagai make up base memang cantik jer mekap tak crack dan kulit nampak cantik.

Baca : Bahaya Sunburn  (Kenapa perlu pelembap ada SPF 50)

(Youth Moisturizer sebagai Make up base)


4) Youth Advanced Renewal Night Cream- Light/Rich


Youth Advanced Renewal Night Cream : RM 250 (50 ml)

Night cream ni akak rasa yang paling memberi kesan pada kulit, lepas sebulan kalau pakai secara konsisten memang rasa tektur kulit makin sekata, kulit makin mulus dan tak mustahil selepas setahun boleh nampak muda dari usia sebenar. Sekarang pakai baru 9 bulan pun dah ramai tegur akak nampak macam baru lepas abis degree. Akak baru cuba yang Night Cream light akan datang insyallah nak cuba yang rich sebab ada tambahan shea butter.

Sesuai kot untuk kulit jenis kering macam akak.

Permulaan untuk beberapa bulan pertama ni korang pakai Starter Set ni pun dah mencukupi sebenarnya. Tapi untuk yang ada masalah kulit parut jerawat, jerawat dan lain lain tu mungkin korang perlukan tambahan Serum, Radiance seperti yang ada dalam Youth Intensive Treatment dan Repair.

Nanti akan datang akak share review tentang kesan lepas akak pakai Full Set Youth.

Berbaloi sangat kalau beli insyallah tak rugi melabur. Untuk kekalkan keremajaan kulit dari sekarang dah kena ambil berat dan jaga kulit. Nak kesan lebih boleh ambil set cantik dari Shaklee antaranya Kolagen, Vitamin C dan GLA Complex.

Haa bulan Oktober ni ada promosi untuk Youth tau jangan lepaskan peluang.

Untuk pertanyaan lanjut boleh contact saya. Harga di atas harga retail untuk penjimatan boleh berdaftar sebagai ahli Shaklee untuk diskaun sehinggan 15%.

Sekian





2 comments:

  1. Boss nieyl pakai rangkaian set ni utk skincare dia...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke, tapi serius nieyla memang best youth ni tinggal seminggu dua dah rasa macam kulit tak berapa best

      Delete